My Day become a wife

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 31, 2012

Ibu Pergi Selamanya

2 May 2012 tepat jam 730am, ibu menghembuskan nafas yang terakhir..aku melihat air mata terakhirnya mengalir...saat itu berbagai perasaan menghantui aku ..sedih- perasaan ini kena campak ketepi dahulu..sebab hanya ada aku dan abg untuk uruskan jenazah ibu..
Hospital Kangar - tempat saat2 ibu mengakhiri hayatnya. Tanpa berlengah aku mendapatkan nurse minta prosuder nak minta ibu dimandikan dan dikafankan dia rumah mayat hospital itu sekali dengan nk bawa balik jenazah ibu ke Penang. Semasa ibu dlm CCU sebulan yg lalu, abg ada ajak aku berbincang jika bersedia apa jua bakal berlaku dan kami ambik keputusan mandi dan kafankan ibu disini terus. Nurse di HDW sangat membantu. Mereka suruh aku duduk dan mereka yg call van jenazah dan rumah mayat dan juga sediakan semua document utk check out hospital.
Ibu berada dia hospital itu dlm 40 hari lebih, 22 hari dlm CCU kemudian 2 hari diwad biasa dan dimasukkan ke HDW hingga akhirnya..
Selesai semua document, seorg nurse mengiring aku ke kaunter bayaran, aku panggil abg yg berada dia kantin sbb semua document ibu ada padanya..dia join sekali. Sampai di kaunter bayaran kami hanya perlu bayar utk Van jenazah sbb ibu ada surat kebajikan.
patah balik ke HDW, jenazah ibu masih berada di atas katil - menunggu pihak rumah mayat datang.Setahu aku, aku masih bertahan untuk menangis. Setelah sampai di rumah mayat, aku dan abg sibuk arrange untuk ketibaan ibu ke Penang, suamiku jadi runner di Penang. Terima kasih kepada sahabat2 ibu yg datang utk lapangkan rumah.
Sementara menunggu org yang mandi jenazah datang, aku tetap tidak mahu tinggalkan ibu sendiri. Hanya aku sendirian berdiri sebelah ibu.
Saat memandikan mayat, aku dibenarkan join sekali. Itu lah kali pertama aku mandikan jenazah. Memang sebak melihat seseorg yg habis2an berjuang untuk kita tetiba kaku. Tapi aku masih bertahan. Hati aku tak ada masa utk sedih selagi jenazah tak diuruskan. Selesai kafan, terus mayat ibu dihantar ke Van jenazah. Kereta aku- abg drive, kereta abg-wife dia drive. Mukin kesiankan aku seorg dlm van jenazah, mentua abg aku sertai aku.
Sampai di Penang - aku masih ingat siapa yg sambut mayat ibu - Pak Su, Pak Caq Noraini, dan Pak Dak Mail + driver Van.Urusan dimudahkan bila driver Van sudi menunggu untuk hantar ibu ke kubur.
Cikgu Yati tetiba cuit aku ajak masuk bilik - "weh pi tukaq baju..tak sesuai pakai baju neh"..aku belek diri aku - jeans dan t-shirt.
Pukul 430 abg call kata mak tenat - campak baju kurung dlm beg, sarung jeans n t-shirt, pecut keta dr Penang ke Perlis seorg- suami - keja. Nak expect aku pakai macam mana ..nk kencing pun aku tahan..sampai jumpa mak yang masih bernafas ketika itu..-reason : kencing2 bila2 pun boleh, mak , nanti kalau tak sempat takde dah peluang-Baju kurung aku dlm kereta aku yg abg drive - masih tak sampai2.
Aku biarkan ja...
Pukul 3, jenazah ibu dibawa ke masjid utk sembahyang. Seterusnya dikebumikan..Selesai dikebumikan..aku ingin sangat nk bersendiri tapi tak pernah ada peluang, kawan2 ibu datang menyapa..aku masih lagi tersenyum dan bleh gerak ketawa..didalam hanya Allah yang tahu...

Semoga ibu ditempatkan dikalangan orang yang beriman - Al-Fatihah.